MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, KEJUJURAN, PERHATIAN DAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN
MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, KEJUJURAN, PERHATIAN DAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN
PENGENALAN
ARCS Global Resources (dahulunya dikenali sebagai ARCS Resources) adalah sebuah syarikat tempatan Malaysia berdaftar dibawah SSM, CIDB, MOF & MITI dan memfokuskan kepada industri pembinaan sebagai satu Pusat Setempat bagi Pengurusan Projek, Perunding Projek, Reka Bentuk Seni Bina & Hiasan Dalaman, Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan
dari Perintah Pembangunan (DO), Pelan Bangunan (BP), Pembinaan bagi Bangunan & Hiasan Dalaman sehingga pengeluaran Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) untuk sektor kerajaan dan swasta. Kami juga melibatkan diri di dalam Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan tertentu sebagai sebahagian dari visi kami untuk menjadi sebuah syarikat terkemuka yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam sektor industri bangunan yang kompetitif pada masa sekarang.
Sejak ditubuhkan, ARCS Global Resources telah dengan jayanya mengumpulkan kumpulan yang baik, bekerjasama dan komited dari pelbagai bidang untuk menguruskan setiap keperluan projek pembangunan yang kami terlibat. Kami juga telah memberikan pelanggan kami tahap Profesionalisme, Integriti, Kejujuran serta Komitmen yang tinggi dan dalam masa yang sama menjaga hubungan yang baik antara Pelanggan, Rakan Sekerja, Pembekal dan Sub Kontraktor kami.